Thursday, 17 October 2013

KPM

Hye korang! Harini nak cerita tentang tempat kerja baru aku kat Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya nehh...Untuk pengetahuan, keje nehh kontrak cuma 3 bulan jerr..Maksudnya tahun depan kenalaa apply tempat lain...Sehari dorang bayar RM100 sebab jawatan aku adalah Pekerja Sambilan Harian PSH....Tak datang kerja, takde gaji....Biasela mula-mula kerja, mughonggg jeww sebab takde kawan...Tapi dah lama-lama..Eh oklaaa..Not bad!=)



Inila bangunan KPM tempat aku keje buat sementara nehh... Tingkat doblas ye kawan-kawan..

..dan mereka tempatkan aku di sini..Bahagian Kewangan..


Inilaa ID CARD  kiteww...

So aku ditempatkan di bilik nehh...Di Bahagian Perolehan Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA)


Ni bukan nak saje tunjuk-tunjuk tauuu, tapi sebagai tanda kenangan bila aku abes kontrak nt huhuhu...


Kerja-kerja aku sebenarnya buat pelupusan aset untuk KPT..Tapi buat masa nehh diorang rombak balik senarai kerja sebab KPT dan KPM dah bergabung.. So sekarang nehh aku kerja aku blogwalking jewwlaa ......Eh!


Inilah workspace titeww...

Nie pemandangan dari bilik aku tingkat doblas itteww...

Suasana dalam ofis..

Tiap-tiap petang aku akan refill air penuh-penuh sebab esoknya malas nak isi air...Sebab water cooler nehh jauh dari bilik..

Nak kua kena sentiasa pakai ID card ouhhh!! Memula tak biasa sebab selalu lupa bawak...Lama-lama ok dahhh..

Toilet kat KPM...

Camwhore

Nak masuk opis kena  pakai ID card balik..

Ini lif dia....Giler laju hoiii!

Aku masuk opis nehh kul 8.30am...Balik kul 5.30 pm..Semua staff kat sini baik-baik sama macam dekat UiTM Puncak Alam...Selalunye masa balik aku singgah dulu surau untuk solat asar....Nak tengok surau dia?? Jom! Surau dia kat tingkat 1..


Ni dalam lif dia...

Sampai dah surau..

Inilah suasana dalam surau tu...Aku bawak telekung sendiri sebab taknak share...


Ada staff solat...So dia jadi model kita ehe =)


Dah lepas solat camwhore pulakkk..

Thumb print


 Kat sini mereka tak guna punchcard so tak dapatlaa nak mintak sape-sape punchcardkan...So nak tak nak kena datang awal...hehe



Ni nak turun ke bus stop..

Bus stop


Okeyhh!! Kazen dah datang amek!

Inilah kazenku Cik Nisa..Dia kerja kat MOF. So buat masa sekarang tumpang umah dia kat Bandar Nusaputra Puchong..Hari minggu baru balik kampung =)

Disebabkan aku nehh duduk dengan kazen aku si budak akaun budak akaun kan terkenal dengan sifat jimat duit maka jangan berharaplaaa nak jalan-jalan area Putrajaya itteww.. Lagiponn Alamanda Putrajaya tu takde tempat makan best macam kat Setia Alam / Shah Alam... Maka rutin harian ku adalah pergi kerja dan balik kerja sajorkkk...


Perjalanan pulang











Akhirnya sampailaaa kami di rumah sewa...Taraaaa!!

Kat sini nak makan kena masak sendiri...Kedai makan agak jauh jugaklaaa dari kawasan yang kitorang duduk sekarang nehh...Lagipon kan da cakap, aku duduk ngan budak akaun yang sangat jimat hohoho... Uhh...takpelaa...save duit untuk cari kerja baru tahun depan..Sebab tu dah takde picture makanan dalam Instagram...='(


Harap-harap tahun depan dapat kerja yang lebih stabil lagi...Susah nak cari kerja sekarang nie kan?? Semoga Allah permudahkan segalanya...Amiinnnn....


*Rasa nak makan Fish N Chips Tony Roma's sekarang nehhh...Wuwuwuwwu:'(

Thursday, 19 September 2013

Bonjour Garden Plaza Jelutong

Okey hari ni nak bawak awak-awak semua jalan-jalan cari makan di Bonjour Garden, Plaza Jelutong di Bukit Jelutong Shah Alam. Seriusly tak pernah tau langsung kat mana tempat nehh..So berpandukan GPS, maka sampailaaa kitorang kat sini...

Bonjour Garden nehh berkonsepkan French Garden...Kalau korang sukakan konsep western food dan bakery, inilah tempatnya! Sangat sesuai kerana harganya berpatutan..Harganya di antara RM5- RM 39.00...Kalau tak nak makan makanan yang berat boleh pilih bakery yang sedap dan gojes itu.. Harganya tak mahal sangat sekitar RM3 sahaja..Ada baca di blog lain, kalau dah pukul 9.30 malam, mereka akan beri separuh harga untuk bakery so pilih saja pilihan di hati..=)

Cara nak order pulak, macam kita order di Ikea...Kebanyakan pekerja di sini adalah orang Melayu, so senang laa nak order ehe =) 


Inilaaaa yang kitorang makan..Beef Lasagna (RM12.90) + Pasta (12.90) +  Bickford's Old Style Original Kola (RM8.90)  + Bickford's Old Style Creamy Soda (RM8.90)

Pasta nie aku punya..Bleh plak xingat nama dia kan...Kalau sape-sape suka tomato lebih, boleh pilih pasta nehh haha....Agak besar portion dia....Share ngan Munir..

Pizza kat atas tu tak silap RM 5.90...Sedap! Munir yang order

Yang nie Munir punya Beef Lasagna...

Suka label botol nehh...=) Rasa dia lain sket dari Cola dan Soda yang biasa..Cubalah!


Ada masa nanti korang singgahlaa ke sini....Macam tak caya pulak Plaza Jelutong ada Bonjour Garden...Selain di Bukit Jelutong boleh juga singgah di Kota Damansara..Semestinya kat sana lebih banyak pilihan....=)
 

Jom tanam tauge!

Hey hey korang suka tak makan tauge?? Sedap kan kalau campur dalam mee goreng  / wat masak lemak / wat masak kicap campur udang ngan tauhu? Iolszz suke sangat wallahh! Dulu masa kecik-kecik mak aku ada buat tapi tak amik tau langsung...Tapi sekarang macam nak try pulak ehe!=)

Aritu blogwalking pastu terjumpa sorang blogger nie cuba buat tauge guna kacang hijau...Disebabkan dia duduk kat oversea,maka dia terpaksa buat tauge sendiri sebab kat sana susah sangat nak dapat serta mahal...Kalau kat sini (Malaysia) pernah kecoh pasal tauge yang disiram dengan urine kan...So, apa kata lepas nie kita cuba tanam tauge sendiri.... Senang je nak buat!

Mula-mula kena rendam kacang hijau satu hari sampai kulit dia pecah-pecah camtu...

Gunakan tuala basah (aku guna tuala Good Morning lama yang bersih) taburkan kacang diatasnya...Nak senang korang gunakan pengukus supaya airnya tak bertakung ....

.....taburkan atas tuala tu...

Tutupkan dengan lagi selapis tuala lembab...

Himpitkan dengan sesuatu yang berat atas kacang hijau tadi....Aku guna tupperware berisi air je....Fungsi benda berat ni untuk menjadikan tauge tu nanti panjang-panjang...Serius! Kalu tak himpit benda berat nanti ekor dia pendek-pendek tak cantik...

Lepas tutup dengan penutup kukusan dan simpan di tempat yang gelap...Aku letak kat rak-rak periuk je...

Ini hasilnya pada petang tu...Tengok! Da keluar akar-akar dia kann??.....Jangan lupa siram 2x sehari..pagi dan petang...

eee tak sabar nak tunggu dia jadi tauge...

Ni hari kedua..Da panjang sikit dah ekor dia ewah!

Ni masa petang hari kedua...

Yang ni pulak pada hari ketiga...wahhh!!


Yang ni waktu petang hari ketiga yeay! da boleh tuai dahhh...Suka! =D



Tengok tu...panjang-panjang kan??Tapi sebab tak bubuh baja urine, dia takla gemuk macam kat kedai tu....Yang nie sebelum dibuang akarnya..

yang nie bila dah settle buang akar...Wahhhh!! .

 Semangat sangat dengan tauge buat sendiri neh, terus plan wat kuey tiau goreng....Suka!=)

Ok! da siap dah kuey tiau campur tauge...




Yang nie pulak masa second time buat...sengaja nak kasi dia berdaun sebab nak jadikan sayuran hijau...

Nanti boleh campur dengan udang + tauhu + sos tiram....Yummy!...

 Okey lepas nie bolehla korang  cuba pulak....Manalaaa tau nanti satu hari dok overseas kan, bolehla cuba...betul tak? hehe..Selamat mencuba! =)