Aku nie jarang sangat nak cari pasal dengan orang....Tapi kalau aku dalam keadaan stress,aku nie memang tak boleh nak berfikiran dengan waras huuuuuuuuu....Itulaaa kelemahan aku...
Okey sebenarnye camneh, last week aku punya mood tak berapa nak elok...
Semua orang pun takde mood jugak laaa aku rasa...Da laa stress sebab Jumaat lepas adalah last day untuk aku bekerja (
Skim Khidmat Pelajar UiTM Puncak Alam), then Ahad pulak Konvokesyen, nak tak nak terpaksa laa pergi ke UiTM Shah Alam untuk ambik jubah segala khennn..Amek jubah waktu petang dalam kul 2 cenggitu, so haruslaaa ko akan penat dan rasa nak cepat-cepat balik rumah untuk rest.
Nak dijadikan citer, aku da plan dah, sampai rumah nanti, aku nak rest sebab da start pening kepala,
panas sangat mungkin ........TIBA-TIBA........
Herghhhhhh....Aku tak tau laaa hawauu mana plakkk bleh parking keta Persona dia menghalang aku nak parking keta dalam garaj..Aku yang tengah stress neh terus keluar sambil intai-intai rumah jiran-jiran aku sume...Manala tau nampak kelibat musibat ittew khennn..Tapi malangnya takde plak nampak tanda-tanda orang bertandang kat rumah jiran-jiran kiri kanan depan belakang rumah aku tuh....
Woahhhh....Ini sudah menimbulkan marah!
Dengan perasaan marah bercampur geram (
Wahhh karangan kauuu, kemahennn!!) aku masuk dalam rumah, capai kertas A4 dan marker pen terus tulis note "TOLONG ALIHKAN KENDERAAN ANDA SEKARANG"..Wahhh..Gengster plakkk terasa diri ini khenn, lantas aku selitkan di wiper kereta beliau sambil aku menunggu dalam rumah siapakah gerangan lahabau ittew....
Sempat jugak aku gariskan keretanya dengan kunci, bercalar jugak laaa khennn even tak ketara sangat ouhhh kejam gilerr....
Lebih kurang setengah jam gitu, aku dengar laaa suara-suara lelaki garau dari rumah jiran yenna aku, berkata, "Eh...Orang sebelah tu dah balik, apasal tak hon ehh..boleh saya alihkan kereta"..Aku yang memang tengah menyirap nehhh terus keluar
OMG hensem laa pulak tetamu yenna nehhh....owner Persona ittew, lelaki Melayu berwajah Pan Asia lagi, jual insurans barangkali, terus sound
.
Tu laaaa... len kali nak parking keta, park je laaaa elok-elok bawah pokok jambu depan umah aku tu..Ko buat aku senang, aku pun tak marah kauuu....Saje cari pasal khennn....Awas!..Ko parking lagi cenggitu depan rumah aku, aku gores-gores muka kauuu macam peraduan GORES DAN MENANG sampai aku menang! Jaga kauu!....