Wednesday 30 January 2013

FYA HAMDAN DALAM KENANGAN




Dalam kegembiraan mengakhiri minggu assesment ( 25 Januari 2013), kami di Fakulti FSSR digemparkan dengan  kehilangan sahabat kami dari Jabatan Fotografi, Safiya Hamdan. Agak terkejut sebenarnye sebab aku kenal arwah masa Module Part 6..Walaupun baru kenal, arwah sangat peramah dan aku agak rapat dengan dia waktu modul tu sebab satu group..

Masa assesment haritu pun sempat jumpa kat surau "say hai" lagi...Arwah kemalangan kat Saujana Utama malam tu...Dengar cerita keretanya cuba nak potong lori, tapi bertembung dengan kereta Gen2 dari arah bertentangan...Beliau meninggal di tempat kejadian..

Minggu assesment berakhir Jumaat lepas dan beliau pergi malam tu buat selama-lamanye. Ramai yang terkejut sebab siang tu dia ada kat fakulti...Aku tak dapat bayangkan macamana laaa kawan-kawan dia turunkan artwork dia masa hari Sabtu tu...And perasaan family dia masa result keluar nanti...Ya Allah..Kau kuatkanlahh semangat family beliau..



Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah untuk beliau..Al Fatihah.....

No comments:

Post a Comment